Skip to main content

Advertisement

Wanita Mafia Nigeria diekstradisi ke Itali

Wanita Mafia Nigeria diekstradisi ke Itali

Seorang wanita Nigeria yang dikehendaki di Itali sejak 2010 telah diekstradisi dari Abuja ke Rom untuk menjalani hukuman penjara 13 tahun.

Mahkamah di Rom menjatuhkan hukuman itu ke atas Joy Jeff, 48 tahun, selepas mendapatinya bersalah dalam pelbagai jenayah, termasuk mendalangi sindiket pelacuran antarabangsa.

Joy disabitkan kesalahan tanpa kehadirannya di mahkamah.