Skip to main content

Advertisement

Usaha Malaysia bangunkan tenaga kerja serantau diiktiraf ALMM

Usaha Malaysia bangunkan tenaga kerja serantau diiktiraf ALMM

Usaha Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau berkaitan pembangunan kemahiran dan tenaga kerja menerima pengiktirafan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN sempena Persidangan Buruh Antarabangsa ke-113 (ILC) di Geneva.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong pada Rabu itu menekankan komitmen jangka panjang ASEAN terhadap kerjasama serantau menerusi Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045.