Skip to main content

Advertisement

Unit Marin SPSB | Tingkatkan perkhidmatan luar pesisiran dan daratan pelabuhan

Unit Marin SPSB | Tingkatkan perkhidmatan luar pesisiran dan daratan pelabuhan

Unit Marin yang ditubuhkan di bawah Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) akan meningkatkan perkhidmatan luar pesisiran dan daratan pelabuhan sekali gus meningkatkan kecekapan syarikat itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, unit itu yang ditubuhkan pada tahun lepas akan menyokong perniagaan SPSB melalui penyediaan perkhidmatan sampingan dan nasihat Marin.