Skip to main content

Advertisement

Ukraine-Rusia | AS gesa syarikat tingkat keselamatan siber

Ukraine-Rusia | AS gesa syarikat tingkat keselamatan siber

Presiden Joe Biden menggesa syarikat-syarikat Amerika Syarikat untuk membaiki kelemahan perisian siber susulan terdapat risiko serangan siber oleh Rusia.

Pembantu keselamatan siber utama Biden, Anne Neuberger menyatakan kekecewaan bahawa terdapat beberapa syarkat Amerika mengabaikan amaran serta bimbingan Agensi Persekutuan bagi memperbaiki kelompongan dalam perisian mereka yang boleh menyebabkan penggodam Rusia menggodam rangkaian.

Ia susulan serangan Rusia ke atas Ukraine bagi melemah, memaksa dan menggugat kestabilan ekosistem perniagaan di sana.