Skip to main content

Advertisement

Tragedi Batang Kali | Jalan sehala siap, akan dibuka segera - Izham Hashim

Tragedi Batang Kali | Jalan sehala siap, akan dibuka segera - Izham Hashim

Kerajaan Selangor sudah menyiapkan jalan sehala di jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya yang mengorbankan 31 mangsa pada 16 Disember lalu.

Exco Kerajaan Selangor, Ir Izham Hashim berkata, jalan sehala itu sudah disiapkan sebagai langkah sementara bagi kemudahan 4,000 hingga 5,000 pengguna yang berulang-alik dan bekerja di Genting Highlands, Pahang.