Skip to main content

Advertisement

Trafik Lebuh Raya | Dijangka sesak mulai tengah hari

Trafik Lebuh Raya | Dijangka sesak mulai tengah hari

Aliran trafik hari ini di beberapa lebuh raya utama negara dijangka akan meningkat dan sesak mulai tengah hari ekoran orang ramai yang akan membuat perjalanan pulang selepas cuti sambutan perayaan Tahun Baharu Cina berakhir hari ini.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kesesakan dijangka dari Gopeng ke Tapah, Sungkai ke Slim River serta Pedas Linggi ke Port Dickson.