Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tolak Vaksin | JAIS mula gantung tugas guru KAFA tolak vaksin

Tolak Vaksin | JAIS mula gantung tugas guru KAFA tolak vaksin

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mula mengambil tindakan tegas kepada guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri itu yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19 dengan menggantung tugas mereka selama dua bulan.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata jika pihak terbabit masih tidak melengkapkan vaksinasi sepanjang tempoh penggantungan tersebut, mereka juga boleh ditamatkan perkhidmatan serta-merta.