Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tolak Usul SOSMA | PDRM guna pakai peruntukan lain

Tolak Usul SOSMA | PDRM guna pakai peruntukan lain

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengguna pakai peruntukan lain bagi kes disiasat Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas 31 Julai ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata susulan penolakan usul lanjutan penguatkuasaan subseksyen itu di Dewan Rakyat pada Rabu, PDRM akan menggunakan peruntukan di bawah mana-mana undang-undang sedang berkuat kuasa seperti kanun prosedur jenayah untuk melaksana penahanan melalui proses reman di mahkamah.