Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tiada keperluan isytihar darurat di Johor

Tiada keperluan isytihar darurat di Johor

Tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana di Johor ketika ini, meskipun mangsa banjir sudah melebihi 40,000 orang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berpuas hati dengan pengurusan bencana di negeri itu dan meminta semua agensi terlibat membantu sehabis baik dalam mengurangkan beban mangsa yang terjejas.