[TERKINI] SOSMA Ditolak | PM belum hilang kepercayaan - Anthony Loke
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak hilang kepercayaan kerana kegagalan Dewan Rakyat meluluskan usul melanjutkan tempoh kuat kuasa SOSMA Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada Rabu.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata isu sosma tidak dirunding antara kerajaan persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) ketika memeterai memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik pada September tahun lalu.