Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[TERKINI] Sekolah tutup, suhu lebih 37 darjah celsius tiga hari berturut-turut

[TERKINI] Sekolah tutup, suhu lebih 37 darjah celsius tiga hari berturut-turut

Ini laporan terbaharu, berhubung kebenaran penutupan sekolah.

Sekolah hanya dibenar tutup, sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.

Garis panduan itu dikeluarkan Kementerian Pendidikan semalam, melalui surat siaran pekeliling ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili, susulan situasi semasa cuaca panas di beberapa lokasi seluruh negara.