Skip to main content

Advertisement

[TERKINI] Rusia-Ukraine | Putin mulakan operasi ketenteraan di timur Ukraine

[TERKINI] Rusia-Ukraine | Putin mulakan operasi ketenteraan di timur Ukraine

Presiden Rusia, Vladimir Putin memutuskan untuk memberi lampu hijau terhadap operasi ketenteraan di timur Ukraine. Perkara itu dilaporkan beberapa media antarabangsa, pada Khamis.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat mengecam 'serangan tanpa provokasi dan tidak wajar oleh tentera Rusia' susulan letupan berlaku di Ukraine.

Joe Biden berkata, Putin telah memilih perang yang akan membawa kerugian besar terhadap nyawa dan penderitaan manusia.