Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[TERKINI] PM Anwar jumpa PM Thai di Sadao

[TERKINI] PM Anwar jumpa PM Thai di Sadao

Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk melihat kemajuan kerja bagi projek jajaran jalan yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand.

Kedua-dua pihak turut dijangka mengadakan perbincangan berkaitan penubuhan pasukan petugas bersama bagi meningkatkan hubungan dua hala Malaysia dan Thailand dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan serta keselamatan sempadan.