Skip to main content

Advertisement

[TERKINI] Malaysia tunggu keputusan Mahkamah Belanda

[TERKINI] Malaysia tunggu keputusan Mahkamah Belanda

Malaysia hanya akan bertindak berhubung tragedi MH17 selepas Mahkamah Belanda memutuskan nasib empat suspek pada 17 November depan.

Pendirian itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Belanda, Mark Rutte.

Tegas Ismail Sabri, ini bagi memastikan bahawa tindakan negara tidak mendahului keputusan mahkamah serta bersifat adil.