[TERKINI] Farhash tuntut permohonan maaf Rafizi dalam 48 jam
Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli diberi tempoh 48 jam oleh bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Wira Farhash Wafa Salvador untuk memohon maaf, menarik balik dan memadam kenyataan dalam satu video siaran langsung di Facebook. Surat tuntutan “cease and desist” itu dihantar melalui firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co pada 22 Ogos lalu. Ahli Parlimen Pandan itu mengesahkan menerima surat berkenaan dan menyatakan kenyataannya adalah berasaskan fakta serta sedia dipertahankan di mahkamah. Bekas Timbalan Presiden PKR itu juga menyerahkan perkara ini kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.