Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[TERKINI] Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu esok, mohon bubar DUN

[TERKINI] Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu esok, mohon bubar DUN

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar akan Menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin esok, untuk mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu, beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda di Istana Syarqiyyah di sini pada 9 pagi.