Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Terjun Jambatan | Polis P. Pinang tubuh Unit Tindakan Khas

Terjun Jambatan | Polis P. Pinang tubuh Unit Tindakan Khas

Polis Pulau Pinang menubuhkan satu Unit Tindakan Khas melibatkan anggota trafik untuk meronda di kedua-dua jambatan di negeri itu dalam usaha mencegah tindakan membunuh diri di kawasan tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tindakan itu diambil susulan kes bunuh diri dengan cara terjun dari jambatan di negeri itu semakin menjadi-jadi ketika ini.