Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Terengganu tidak boleh ditadbir dengan pendapatan hanya RM300 juta setahun - Calon BN DUN Kijal

Terengganu tidak boleh ditadbir dengan pendapatan hanya RM300 juta setahun - Calon BN DUN Kijal

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.30 Kijal, Datuk Seri Dr. Ahmad Said berkata Terengganu tidak boleh bertahan dengan hasil pendapatan negeri hanya sekitar RM300 juta hingga RM350 juta setahun, yang menyebabkan kerajaan terpaksa bergantung kepada wang ihsan Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, beliau berkata perlu ada satu strategi untuk mengembangkan industri berat sedia ada bagi menambah pendapatan dan mencipta peluang pekerjaan.