Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tahanan Lari | Pecahkan pintu blok dan grill penghadang

Tahanan Lari | Pecahkan pintu blok dan grill penghadang

Siasatan Jabatan Imigresen Malaysia, JIM, mendapati, tahanan warga Rohingya di depoh imigresen sementara Sungai Bakap telah memecahkan pintu blok dan grill penghadang sebelum melarikan diri beramai-ramai awal pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan berkata, seramai 528 tahanan etnik Rohingya bertindak melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi.