Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Suara Rakyat | Jangan tergesa-gesa adakan PRU-15

Suara Rakyat | Jangan tergesa-gesa adakan PRU-15

Rakyat Melaka merayu kerajaan tidak tergesa-gesa untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (pru-15) ekoran keadaan ekonomi yang masih belum stabil.

Ia ditambah lagi dengan penularan covid-19 yang masih belum reda sepenuhnya sekalipun negara sedang berada dalam peralihan fasa ke endemik.

Orang ramai yang ditemui di sekitar bandaraya Melaka hari ini berharap kerajaan mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri, (prn) Johor pada awal tahun ini, yang menyaksikan hanya 47 peratus rakyat negeri itu keluar mengundi.