Skip to main content

Advertisement

Suami isteri mengaku tidak bersalah scam baju raya

Suami isteri mengaku tidak bersalah scam baju raya

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seri Manjung di Lumut, atas tuduhan gagal membekalkan baju raya kepada seorang individu, Februari lalu.

Tertuduh, Mohd Sobri Togil, 47 tahun dan Massuwati Amran, 45 tahun, membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan majistret T Kavita.