Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

SPWinds raih Anugerah Emas di Festival Orkestra Dunia Vienna

SPWinds raih Anugerah Emas di Festival Orkestra Dunia Vienna

Orkestra Sekolah Seri Puteri, Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) sekali lagi mencipta sejarah apabila meraih Anugerah Emas dalam Festival Orkestra Dunia ke-11 yang berlangsung di Vienna, Austria dari 23 hingga 26 Julai lalu.
Sebagai wakil tunggal Malaysia, seramai 66 pelajar berumur antara 13 hingga 17 tahun daripada Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya, telah menyertai kategori Remaja bagi Orkestra Alat Muzik Tiupan dan Brass.