Skip to main content

Advertisement

Singapura tambah 40KM laluan berbasikal, sasar siap 2027

Singapura tambah 40KM laluan berbasikal, sasar siap 2027

Penduduk di bahagian barat Singapura bakal menikmati kemudahan tambahan apabila 40 kilometer laluan berbasikal baharu dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2027.

Projek ini susulan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) membuka tender pada Isnin untuk membina laluan berkenaan yang merangkumi kawasan Bukit Batok, Jurong West dan lokasi sekitar.