Skip to main content

Advertisement

SHMKM | Penternak ayam, telur berdepan kerugian

SHMKM | Penternak ayam, telur berdepan kerugian

Penternak ayam dan telur Sarawak berdepan dengan dilema atas kerugian yang dialami mereka disebabkan oleh kawalan harga melalui Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang diperkenalkan sejak Disember tahun lepas.

Menurut Pengerusi Persatuan Penternak Sarawak Tsai Kian Shin, sejak pengumuman skim tersebut ia telah mengganggu operasi biasa para penternak dan menyebabkan kerugian yang serius kepada pertenak ayam dan telur.