Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Sambutan Aidilfitri | Perniagaan lemang terus laris di Kuching

Sambutan Aidilfitri | Perniagaan lemang terus laris di Kuching

Hampir seminggu Aidilfitri berlalu, peniaga lemang di Kuching masih tidak menang tangan melayan pelanggan.

Tinjauan AWANI Borneo mendapati rata-rata orang awam memilih hujung minggu untuk mengadakan rumah terbuka dan pastinya lemang dijadikan hidangan utama.

Sesuai dengan namanya, pengusaha lemang Sunday Market, Mohd Iskandar Hashim berkata awal Syawal lalu dia mampu menjual hampir 6,000 batang lemang sehari.

Memasuki Syawal keenam, lemang buatannya terus laris dan mampu terjual sehingga 2000 batang sehari.