Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

RUU Antilompat Parti | Dijangka dikuat kuasa tidak lewat pertengahan September

RUU Antilompat Parti | Dijangka dikuat kuasa tidak lewat pertengahan September

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti yang diluluskan Dewan Negara dijangka dapat dikuatkuasakan selewat-lewatnya pertengahan September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jangkaan itu bersesuaian dengan garis masa yang diperlukan untuk RUU itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.