Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji rundingan peringkat tinggi antara AS dan China yang berlangsung di Geneva, Switzerland pada Sabtu (10 Mei), menyifatkannya sebagai satu "reset total" yang dilakukan secara mesra tetapi membina. Dalam kenyataan di platform Truth Social, beliau menekankan keinginan untuk melihat China lebih terbuka kepada perniagaan Amerika, dan menyatakan "kemajuan besar telah dicapai". Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diberikan. Rundingan itu bertujuan meredakan perang perdagangan antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia, yang kini memberi kesan besar kepada pertumbuhan global.