Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

RM83.7 bilion pelaburan diluluskan bagi ST1 2024

RM83.7 bilion pelaburan diluluskan bagi ST1 2024

Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan RM83.7 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama 2024, naik 13 peratus berbanding RM74.1 bilion yang dicatatkan sepanjang tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pencapaian suku pertama 2024 itu turut menyaksikan sejumlah 29,027 pekerjaan baharu diwujudkan daripada 1,257 projek.