Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Rayuan SRC | Najib bantah keputusan panel hakim

Rayuan SRC | Najib bantah keputusan panel hakim

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau kini tidak dapat mempertahankan diri dengan adil selepas permintaan peguam belanya Hisyam Teh Poh Teik untuk mengecualikan diri, ditolak Mahkamah Persekutuan.

Bercakap kepada sidang media selepas prosiding ditangguhkan, Ahli Parlimen Pekan itu membantah sekeras-kerasnya keputusan panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk meneruskan proses rayuan.