AS puji Anwar jayakan gencatan senjata Thailand-Kemboja
Amerika Syarikat (AS) memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan perjanjian gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara Thailand dan Kemboja. Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara berkata, pihaknya menyambut baik pengisytiharan gencatan senjata yang diumumkan kedua-dua negara terbabit di Kuala Lumpur.