Skip to main content

Advertisement

PRU15 | TikTok bakal lakar landskap politik

PRU15 | TikTok bakal lakar landskap politik

Medan perjuangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini mungkin bukan di lapangan tetapi dalam tangan anda.

Platform seperti TikTok dan WhatsApp dijangka menjadi medium utama penyebaran maklumat dan kempen setiap parti.

Menurut Penganalisis Politik dan Media Sosial, Prof Dr Sara Chinnasamy, 'pilihan raya internet' sudah pun bermula sejak tahun 2008 menerusi blog dan agensi berita persendirian ada ketika itu.