Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Tidak lojik beri lagi satu kerusi kepada GPS - Ali Biju

PRU15 | Tidak lojik beri lagi satu kerusi kepada GPS - Ali Biju

“Saya sudah beri satu kerusi, takkan saya hendak beri lagi kerusi yang kedua.”

Itu kata penyandang Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju, berhubung tindakannya kembali bertanding di kerusi Parlimen itu.

Dalam pertemuan eksklusif bersama Astro AWANI, beliau berkata sebelum ini telah ada "gentlemen agreement" di antara parti Bersatu dan GPS, terutamanya PDP yang memintanya berundur dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu.