Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Proses pengundian kerusi Padang Serai perlu dilakukan semula

PRU15 | Proses pengundian kerusi Padang Serai perlu dilakukan semula

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat bagi membincangkan penetapan tarikh-tarikh penting untuk urusan PRU15 Parlimen Padang Serai.

Ini susulan kematian calon Pakatan Harapan bagi kerusi berkenaan, M. Karupaiya pada Rabu.

Mengulas berhubung proses yang perlu dijalankan, Penganalisis Pilihan Raya, Dr G. Manimaran memaklumkan, proses pengundian perlu ditunda dan dilaksanakan pada suatu tarikh baharu.