Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Pembangkang jangan putar belit isu tanah adat - Awang Tengah

PRU15 | Pembangkang jangan putar belit isu tanah adat - Awang Tengah

Beberapa pemimpin pembangkang di Sarawak diselar kerana mewujudkan suasana ‘politic of fears’, dengan memutar belit isu-isu berkaitan tanah hak adat Bumiputera, hingga merugikan rakyat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antara dakwaan tersebut ialah kerajaan menyukat tanah mereka dengan tujuan untuk merampas tanah.