Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Pas tolak kerjasama di bawah 'khemah besar'

PRU15 | Pas tolak kerjasama di bawah 'khemah besar'

Pas tetap teguh dan menolak kerjasama di bawah khemah besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pendirian itu juga telah diutarakan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perjumpaan sebelum ini.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata pihaknya tidak menyembunyikan sebarang perjumpaan yang dilakukan bersama parti-parti politik lain.