Skip to main content

Advertisement

PRU15 | Mukhriz tak tolak Pejuang letak calon di Titiwangsa

PRU15 | Mukhriz tak tolak Pejuang letak calon di Titiwangsa

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak menolak kemungkinan akan meletakkan calon bagi merebut kerusi Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kerusi tersebut ketika ini disandang Datuk Seri Rina Harun, yang bertanding atas tiket PKR pada PRU14 selepas mengalahkan penyandang sebelum itu, Datuk Seri Johari Abdul Ghani daripada Barisan Nasional (BN).

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mendakwa mendapat maklumat Rina tidak menunjukkan prestasi yang baik sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.