Skip to main content

Advertisement

PRU15 | Jo-Anna bawa semangat 'Huminodun' di Tuaran

PRU15 | Jo-Anna bawa semangat 'Huminodun' di Tuaran

Bukan sekadar Unduk Ngadau.

Tetapi Jo-Anna Sue Henley Rampas membawa sekali semangat lagenda ‘Huminodun’ sebagai perisai untuk beliau berdepan saingan di kerusi Parlimen Tuaran.

Calon Parti Warisan (Warisan) bagi kerusi Parlimen Tuaran itu berkata, beliau tidak hanya mahu dianggap sebagai ratu cantik, sebaliknya seorang yang digeruni pihak lawan.