Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Projek TAPS | Krisis air berulang jika Melaka lengahkan projek

Projek TAPS | Krisis air berulang jika Melaka lengahkan projek

Kerajaan Melaka digesa agar tidak melengahkan Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi mengelakkan berulangnya krisis bekalan air dua tahun lalu.

Tegas Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, pihaknya kesal apabila Projek TAPS bernilai RM550 juta yang sepatutnya bermula tahun ini, ditangguhkan ke tahun hadapan ekoran masalah tender.