Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Politik Perak: Kerajaan Negeri tumbang, MB Perak ditolak

Politik Perak: Kerajaan Negeri tumbang, MB Perak ditolak

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti sebagai Menteri Besar Perak apabila usul undi percaya terhadap beliau yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Perak pada Jumaat tidak mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul yang dibawa ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manap Hashim hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali.