Skip to main content

Advertisement

Polis tahan lima penyokong NSFC, JDT

Polis tahan lima penyokong NSFC, JDT

Polis menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden kekecohan antara penyokong Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintenden Mohd Rosli Ishak berkata tiga suspek berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan ketika kejadian di depan sebuah hotel berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi manakala dua lagi, yang berusia 18 dan 20 tahun, ditahan pada Sabtu.