Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PIRECFS | Panduan perancangan, pembangunan fizikal dan hutan Semenanjung

PIRECFS | Panduan perancangan, pembangunan fizikal dan hutan Semenanjung

Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (PIRECFS), dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa, diluluskan sebagai panduan perancangan serta pembangunan fizikal dan hutan seluruh Semenanjung.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-40 dipengerusikannya bersetuju meluluskan dasar itu yang merupakan satu inisiatif menghubungkan lapan kompleks hutan utama negara di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.