Skip to main content

Advertisement

Piala Asia 2023 | Malaysia mula langkah kanan, bergaya 'baham' Turkmenistan

Piala Asia 2023 | Malaysia mula langkah kanan, bergaya 'baham' Turkmenistan

Malaysia memulakan saingan Kumpulan E kempen kelayakan Piala Asia 2023 dengan langkah kanan apabila mudah membenam pasukan di ranking ke-134 dunia, Turkmenistan dengan tiga jaringan berbalas satu.

Malaysia bermula garang di awal permainan dengan beberapa gerakan menarik dan berjaya menembusi gawang gol seawal minit ke-11 permainan menerusi Muhammad Safawi Rasid.