Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PETRONAS catat PAT RM40.2 bilion, EBITDA kekal RM70.5 bilion

PETRONAS catat PAT RM40.2 bilion, EBITDA kekal RM70.5 bilion

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) terus mencatatkan prestasi kukuh di sebalik penurunan ketara harga tenaga, dengan mencatatkan pendapatan sebanyak RM170.3 bilion bagi separuh pertama tahun 2023 (1H FY2023).

Biarpun berlaku penurunan marginal dari RM170.4 bilion bagi tempoh yang sama tahun lepas, Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufiq Tengku Kamadjaja Aziz berkata, pencapaian itu adalah membanggakan di sebalik impak situasi makro.