Skip to main content

Advertisement

Pertingkat peranan wanita sebagai pembuat keputusan

Pertingkat peranan wanita sebagai pembuat keputusan

Golongan wanita harus diberikan lebih akses dalam membuat keputusan berkaitan pelbagai bidang, termasuk perubahan iklim.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, wanita menerima impak dari pelbagai sudut, namun suara mereka jarang didengari.