Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Perbicaraan 1MDB | Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - saksi

Perbicaraan 1MDB | Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - saksi

Tan Sri Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, berkaitan hal ehwal 1MDB.

Pengerusi Kumpulan The Edge Media, Tan Sri Tong Kooi Ong memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nazir pernah berjumpa beliau pada 2009 dan 2010 serta melahirkan kebimbangan bahawa Najib telah ditipu dalam urus niaga membabitkan dana kekayaan negara itu.