Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Perbelanjaan | Import 2 hingga 10 juta telur sehari mulai 22 Dis

Perbelanjaan | Import 2 hingga 10 juta telur sehari mulai 22 Dis

Kerajaan akan mengimport sekurang-kurangnya dua hingga 10 juta biji telur sehari mulai Khamis ini bagi menampung keperluan dan permintaan pasaran tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan pengimportan itu agar rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang, selain memastikan bekalan makanan yang mencukupi.

Anwar berkata ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Wang Masuk) 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.