Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PenjanaKerjaya | Siasatan SPRM dijangka selesai dalam sebulan

PenjanaKerjaya | Siasatan SPRM dijangka selesai dalam sebulan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan dapat menyelesaikan siasatan berhubung kes tuntutan palsu dan penyelewengan dana program insentif pengambilan pekerja atau PenjanaKerjaya melibatkan nilai RM100 juta dalam tempoh sebulan lagi.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan kes itu mengambil masa kerana melibatkan suspek yang ramai dan banyak pihak lain.