Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pengubahsuaian tanpa kebenaran bomba boleh dihukum

Pengubahsuaian tanpa kebenaran bomba boleh dihukum

Pemilik sesebuah premis yang melakukan perubahan keadaan premis atau renovasi tanpa pengetahuan pihak bomba boleh dikenakan hukuman.

Menurut Pegawai Kanan Bomba Dua (PGKB II) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Rosdiyana Sudarto, ini kerana ia mungkin menjejaskan kecukupan kelengkapan atau pemasangan alat keselamatan kebakaran di sesebuah premis.