Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pemilihan PKR 2022 | Rafizi perlu rapatkan jurang dalam PKR

Pemilihan PKR 2022 | Rafizi perlu rapatkan jurang dalam PKR

Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang memenangi saingan kerusi Timbalan Presiden PKR dalam Pemilihan PKR 2022 perlu kembali menstruktur dan menyatukan semula parti itu.

Menurut penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian, ini bagi memastikan tidak wujud jurang yang besar di antara penyokong Rafizi dan pesaingnya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.