Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Peluang syarikat minyak pertingkat tahap infrastruktur

Peluang syarikat minyak pertingkat tahap infrastruktur

Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia adalah langkah fasa pertama bagi memberi ruang kepada syarikat minyak untuk membangunkan dan melengkapkan kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF) menerusi jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa, ia bagi memastikan syarikat minyak bersedia sekiranya langkah tersebut diperluas ke negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.